MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menjadi hos Lawatan Sambil Belajar Peringkat Tinggi bagi Negara Kepulauan Pasifik dan Timor Leste mulai hari ini sehingga lusa.
Acara akan disertai menteri dan pegawai kanan 14 negara Kepulauan Pasifik, iaitu Kepulauan Cook, Negara Persekutuan Micronesia, Fiji, Kiribati, Palau, Papua New Guinea, Nauru, Niue, Kepulauan Marshall, Samoa, Kepulauan Solomon, Tonga, Tuvalu dan Vanuatu.