Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura-India perkukuh hubungan

Nov 12, 2014 | 08:08 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bertemu rakan sejawatannya dari India, Encik Narendra Modi, buat pertama kalinya - di sela-sela Sidang Puncak Asean ke-25 - petang tadi.


Jurucakap kepada Perdana Menteri Singapura, Cik Chang Li Lin, menyatakan, kedua-dua pemimpin mengesahkan hubungan baik kedua-dua negara dan adanya pertukaran peringkat tertinggi antara pentadbiran Encik Modi dan ketua-ketua menterinya dengan pemimpin republik ini.


"Encik Lee mengesahkan pentingnya peranan India dan penyertaan negara itu dalam pertumbuhan ekonomi dan keselamatan rantau ini.


"Terdapat juga peluang besar untuk kedua-dua negara meluaskan hubungan ekonomi dua hala melepasi apa yang telah dicapai sejauh ini," kata Cik Li Lin.


Dalam pada itu, Encik Modi mengalu-alukan dan menggalak Singapura dan negara-negara lain untuk memanfaatkan peluang-peluang baru untuk melabur sepenuhnya dalam prasarana di India.


Encik Modi juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut pengalaman Singapura dalam soal pembangunan.


"Beliau turut mengongsi bahawa dalam meraikan sambutan jubli emas di India, antara idea yang dicetuskan termasuklah membangunkan sebuah muzium maritim digital, dan memberi tumpuan pada kegiatan-kegiatan yang boleh bersandarkan kepada belia, pengetahuan dan inovasi," tambah Cik Li Lin.


Dalam pertemuan itu, Encik Lee telah mengundang Encik Modi untuk melawat Singapura tahun depan, sempena ulang tahun ke-50 hubungan Singapura-India.


Encik Modi telah menerima undangan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >