Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Indonesia lengkap latihan tentera dua hala edisi ke-35

Aug 28, 2023 | 07:53 PM



Sekitar 450 kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) mengambil bahagian dalam edisi ke-35 Latihan Safkar Indopura yang diadakan secara tahunan.

Latihan dua hala itu diadakan di Singapura pada 20 hingga 28 Ogos dan digulung dengan upacara penutup pada Isnin.

Upacara itu dihadiri oleh Panglima Tentera Darat SAF, Mejar Jeneral David Neo, dan Ketua Staf TNI-AD, Jeneral Dudung Abdurachman.

Latihan tahun ini disertai askar SAF dari Ibu Pejabat Briged Infantri Singapura Ke-3 dan Batalion Ke-2, Rejimen Infantri Singapura. Indonesia pula diwakili Briged Infantri Berjentera Pertama, Batalion Infantri Berjentera Ke-202, Batalion Kereta Perisai Ke-8 dan Batalion Jurutera Ke-9.

Latihan tahun ini memberikan peluang kepada kededua tentera memperkukuh pemahaman antara satu sama lain dan memperdalam hubungan menerusi pertukaran profesional, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Isnin.

Buat kali pertama, latihan itu turut melibatkan latihan pos komand briged bersenjata bersama dan diakhiri dengan serangan bersama ke atas sasaran di bandar yang dilaksanakan di Kemudahan Latihan Bandar Murai di Lim Chu Kang.

Serangan itu menggunakan kereta kebal perang Leopard 2SG, kenderaan berperisai Leopard 2, dron, helikopter penyerang Apache AH-64D dan helicopter pemunggah muatan sederhana H225M.

Menekankan peri penting latihan ini di upacara penutup, Mejar-Jeneral Neo berkata:

“Sejak ia dimulakan pada 1989, Safkar Indopura telah menjadi lebih kuat secara berperingkat dalam masa 35 tahun. Ia membangun daripada latihan merancang peta pada siri pertama kepada latihan peringkat batalion pada 1996, dan kepada latihan menggunakan kereta kebal perang serta kenderaan pertempuran infantri pada 2017. 

“Safkar Indopura telah memperluas jangkauan dan kerumitannya saban tahun, mempertajam pembelajaran profesional dan memperdalam interaksi di banyak peringkat.” 

Mindef berkata Latihan Safkar Indopura menggariskan hubungan pertahanan rapat dan jangka panjang antara kededua Singapura dengan Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >