KIRA-KIRA 34 pakar keselamatan dari 18 negara Sidang Puncak Asia Timur (EAS) dan 550 peserta serta tamu undangan akan berkumpul di Singapura menyertai satu simposium dua hari mulai esok bagi meneroka cabaran utama dan usaha berterusan dalam menangani masalah pengganasan global.
Simposium EAS itu, yang dianjurkan Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Kajian Pengganasan (ICPVTR) Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), bertujuan menjadi platform pembangunan jaringan global bagi para pengamal dan cendekiawan keselamatan dalam usaha mencegah penularan kegiatan pelampau dan pengganasan.