Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Jerman perkukuh hubungan pertahanan

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, bertemu Menteri Pertahanan Jerman, Encik Boris Pistorius, pada Sabtu lalu.



Semasa pertemuan mereka, Dr Ng dan Encik Pistorius mengesahkan semula hubungan pertahanan yang baik dan berkembang antara Singapura dengan Jerman, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef).



Dr Ng melahirkan penghargaan ke atas sokongan Kementerian Pertahanan Jerman berkaitan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Jerman sejak 2009.



Kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik dan keselamatan, serta mengesahkan semula kepentingan keamanan dan kestabilan serantau.



Dr Ng juga menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Encik Pistorius dan bertemu dengan beberapa rakan sejawatan asing.



Beliau di Jerman sempena menghadiri Persidangan Keselamatan Munich ke-59.



Semasa di Munich, Dr Ng membuat pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Estonia, Encik Hanno Pevkur; Menteri Pertahanan Belanda, Cik Kajsa Ollongren; Setiausaha Negara Britain bagi Pertahanan, Encik Ben Wallace; Menteri Australia bagi Industri Pertahanan, Pembangunan Antarabangsa dan Pasifik, Encik Pat Conroy; dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-13, Cik Fu Ying.



Dr Ng turut menghadiri majlis makan malam anjuran bersama Kumpulan Strategi Aspen, Persidangan Keselamatan Munich (MSC) dan Institut Mercator untuk Kajian China (Merics) yang merangkumi pembuat keputusan pemerintah dan industri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >