S'pura kerah 2 kapal perang, helikopter cari pesawat MAS

SINGAPURA telah menghantar dua kapal perang dan sebuah helikopter bagi membantu dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang awal pagi semalam.

Bantuan Singapura itu merupakan bantuan tambahan selepas ia mengerahkan sebuah pesawat pengangkutan semalam.

Sebuah kapal selam penyelamat dengan kelengkapan mencari dalam laut selain mempunyai para penyelam juga akan dikerahkan hari ini

Dalam postingnya di Facebook sekitar 9 pagi tadi, Angkatan Laut Singapura (RSN) berkata kapal korvet, frigat dan helikopter Sikorsky S-70B Seahawk telah menyertai operasi mencari dan menyelamat enam negara itu sejak 2 pagi tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.