S'pura kini ada 5.47 juta penduduk

JUMLAH penduduk Singapura tumbuh dengan kadar lebih perlahan dalam masa sedekad ekoran kemasukan pekerja asing yang lebih rendah.

Bagi tempoh 12 bulan hingga Jun lalu, negara ini mempunyai jumlah penduduk seramai 5.47 juta orang - naik 1.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia merupakan kadar kenaikan lebih perlahan daripada pertumbuhan 1.6 peratus yang dicatatkan tahun lalu, kata perangkaan terkini pemerintah yang dikeluarkan hari ini.

Kadar jumlah bukan penduduk, yang kebanyakannya pekerja asing, tumbuh perlahan - merosot kepada 2.9 peratus tahun ini, berbanding 4 peratus tahun lalu.

Ini disebabkan oleh bilangan mereka yang diambil bekerja berkurangan, dengan kadar pertumbuhan pekerjaan asing merosot kepada 3 peratus, berbanding 5.9 peratus tahun lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.