KEMENTERIAN Ehwal Luar dalam kenyataan semalam berkata Singapura telah memilih Hakim Gilbert Guillaume untuk bersidang sebagai Hakim ad hoc dalam kes permohonan Malaysia mendapatkan semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 23 Mei 2008 mengenai kes kedaulatan Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge, yang difailkan pada 2 Februari 2017.
Di bawah Statut ICJ, jika tiada hakim dari negara yang terlibat di mahkamah itu, pihak yang terlibat masing-masing boleh memilih Hakim ad hoc yang akan mengambil bahagian dalam membuat keputusan mengenai kes itu.