Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura luluskan ubat baru bagi sakit jantung

Mar 15, 2016 | 09:09 AM



SATU ubat baru bagi kegagalan jantung, yang lebih berkesan daripada yang sedia ada dalam mengurangkan risiko kematian dan kemasukan ke hospital, telah diluluskan untuk digunakan di sini.



Ia diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bulan lalu, selepas kejayaan ujian percubaan di seluruh dunia antara 2009 dan 2013.



Dalam satu taklimat media pada Isjin (14 Mac), doktor berkata mereka percaya ubat yang dipanggil Entresto itu merupakan satu lonjakan besar daripada dadah kegagalan jantung lalu.



Penolong Profesor Adjung David Sim, pengarah Program Kegagalan Jantung di Pusat Jantung Kebangsaan Singapura (NHCS), berkata: "Sekalipun dengan ubat sedia ada bagi kegagalan jantung kronik, prognosis tetap agak lemah.



"Tetapi ubat ini mengurangkan kedua-dua risiko, kematian dan juga rawatan di hospital, jadi kedua-duanya, kematian dan morbiditi. Sesetengah ubat mengurangkan satu daripadanya sahaja, tetapi ini mengurangkan kedua-duanya."



Ujian percubaannya melibatkan 47 negara dan 8,442 pesakit yang mengalami kegagalan jantung kronik dan rendah lecitan - di mana otot jantung tidak kontrak dengan berkesan dan kurang darah kaya dengan oksigen dipam keluar kepada tubuh.



NHCS, Hospital Khoo Teck Puat, Hospital Tan Tock Seng dan Pusat Jantung Universiti Nasional mengambil bahagian dalam ujian percubaan itu, yang melibatkan 32 pesakit dari Singapura.



Didapati risiko kematian kardiovaskular bagi pesakit yang diberi Entresto dan bukan ubat biasa semasa, enalapril, kurangkan 20 peratus, dan kemasukan ke hospital akibat sakit jantung kurang 21 peratus. Risiko kematian akibat semua punca berkurangan 16 peratus.



Secara mutlak, ia bermakna bagi setiap 1,000 pesakit yang beralih kepada ubat baru itu, 31 kematian dielakkan, kata Profesor Sim.



Jumlah kematian akibat penyakit kardiovaskular mencecah 5,799 pada 2014, iaitu 29.9 peratus daripada semua kematian tahun itu, menurut angka Kementerian Kesihatan (MOH).



Dr Raymond Wong, perunding kanan jabatan kardiologi di Pusat Jantung Universiti Nasional, berkata terdapat lebih 6000 kemasukan ke hospital kerana kegagalan jantung di sini tahun lalu.



Entresto dihasilkan oleh gergasi farmaseutikal, Novartis, di kilangnya di Singapura di Tuas. Eksport ubat itu ke seluruh dunia bermula bulan lalu, kata Novartis.



Jurucakap Novartis berkata ia sedang bekerja bersama semua hospital dan doktor untuk membuat ubat itu boleh didapatkan semua pesakit kegagalan jantung di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >