SINGAPURA mahu menjadi negara bebas dadah, bukan yang toleran terhadap penyalahgunaan dadah.
Pendekatan menangani pengedaran dan penggunaan dadah sejak tahun 1970-an telah membolehkan negara ini secara relatif kekal bebas dadah dengan kurang 0.1 peratus penduduk diberkas akibat terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun lalu.