Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Malaysia rasmi perjanjian dua hala bina kereta api Sistem Transit Laju (RTS) jelang 2024

Jan 16, 2018 | 01:32 PM



Singapura dan Malaysia telah menandatangani perjanjian rasmi untuk membina sistem kereta api baru yang menghubungkan Singapura dengan Johor Bahru, membuka laluan untuk kerja binaan dimulakan seawal tahun depan.



Perjanjian Dua Hala Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura itu ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan merangkap Penyelaras Prasarana Khaw Boon Wan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Abdul Rahman Dahlan di Istana pada Selasa (16 Januari).



Pemeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.



Dijadual mula beroperasi lewat 2024, RTS Link akan menghubungkan stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Stesen Woodlands North di Singapura, yang turut dihubungkan dengan Laluan Thomson-East Coast (TEL) yang sedang dibina.



RTS Link dijangka menampung sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap hala, lebih tinggi daripada 300 penumpang yang mampu dibawa kereta api Tebrau Shuttle yang kini dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).



Tebrau Shuttle akan mengakhiri khidmatnya enam bulan selepas RTS Link beroperasi.



Datuk Najib dan rombongan menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Malaysia berada di Singapura untuk menghadiri Rapat Pemimpin ke-8, atas undangan Encik Lee.



Rapat tahunan itu berakhir hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >