Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura minat pertingkat kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Kelantan

Apr 18, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA berminat mempertingkat hubungannya dengan Kelantan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, semasa merumuskan hasil lawatannya ke negeri itu selama dua hari.



Dr Maliki berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang baik berkaitan potensi kerjasama dalam pendidikan termasuk perjumpaan antara pelajar, pelaburan, pembangunan sumber manusia dan infrastruktur, perancangan bandar dan pertanian.



"Singapura berminat untuk mengeratkan hubungan dengan Kelantan.



"Saya mengadakan perbincangan yang baik mengenai potensi kerjasama dalam pendidikan, termasuk perjumpaan antara pelajar-pelajar kami, pelaburan, pembangunan sumber manusia dan infrastruktur, perancangan bandar dan pertanian," katanya semasa merumuskan lawatan ke negeri itu dalam Facebook beliau pada Isnin.



Semasa lawatannya itu, Dr Maliki telah bertemu dengan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra, pada Ahad di mana kededua mereka bertukar pandangan tentang hubungan antara Singapura dengan Kelantan.



Kunjungan ke Istana Kota Lama di Kota Bharu itu dilakukan sejurus pertemuan Dr Maliki dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, di Hotel Perdana Kelantan pada Ahad.



Kededua pertemuan itu dilakukan pada hari terakhir Dr Maliki ke Kelantan sebelum beliau ke Terengganu pula dalam rangka lawatan rasminya ke kededua negeri di Pantai Timur Malaysia itu yang bermula 15 hingga 19 April.



Dalam catatan Facebook beliau itu, Dr Maliki melahirkan rasa gembiranya berada di Kota Bharu, Kelantan, sepanjang tempoh lawatannya itu.



"Saya berbesar hati dipanggil menghadap Tengku Mahkota Kelantan Yang Teramat Mulia Dr Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra.



"Saya dan isteri saya menerima penghormatan dapat bertemu dengannya dan isterinya Che Puan Sofie apabila mereka berkunjung ke Singapura tahun lepas.



"Saya gembira dapat bertemu dengannya lagi. Saya juga ucapkan tahniah kerana mereka menantikan anak pertama mereka pada Julai 2023," kata Dr Maliki.



Semasa di Kelantan, Dr Maliki berpeluang berbuka puasa dengan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Datuk Dr Fadzli Hassan, dan rakan-rakan sekerjanya.



Beliau turut mengadakan mesyuarat berasingan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Salahuddin, dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi.



"Saya dapat bertemu dengan Datuk Ustaz Dr Haji Nik Zawawi, berkunjung ke Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di mana saya temui Dato Johari Mat, dan berjumpa dengan Dato Siti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang.



"Saya juga gembira bertemu dengan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz," katanya.



Semasa hari pertamanya di Kelantan, Dr Maliki telah berbuka puasa bersama Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad, Datuk Husam Musa, disusuli pertemuannya dengan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, dan rakan-rakan sekerjanya.



Semasa rehat antara mesyuarat, Dr Maliki berpeluang mengunjungi bengkel untuk salah satu produk Kelantan yang dikenali, Batik Kelantan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >