Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura mohon Thai ekstradisi suspek perompak bank di Holland Village

Jul 20, 2016 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa Singapura telah menulis kepada kerajaan Thailand meminta bantuan mereka mengekstradisi warga Canada yang menjadi suspek rompakan Standard Chartered Bank di Holland Village, ke Singapura.



Dalam satu kenyataan semalam, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata mereka telah mengemukakan "permintaan bantuan undang-undang kepada pihak berkuasa Thailand untuk mendapatkan bantuan mereka memberi bukti yang dirampas daripada suspek ke Singapura".



"Jika pihak berkuasa Thailand tidak dapat menyerahkan suspek terus ke Singapura, kami akan menuntut penghantaran suspek dari sebarang negara yang Thailand akhirnya putuskan untuk menghantar suspek," kata jurucakap SPF.



SPF telah mengutus surat kepada pihak berkuasa Thailand bagi meminta susupek, David James Roach, diekstradisi ke Singapura.



Selain itu, Singapura membuat "permintaan bantuan undang-undang" kepada pihak berkuasa Thailand supaya menyerahkan bukti- bukti yang dirampas daripada suspek, kata polis.



Singapura tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Thailand.



Roach, 27 tahun, ditangkap di Bangkok - tiga hari selepas dia didakwa merompak wang tunai sebanyak kira-kira $30,000 di cawangan Standard Chartered Bank pada 7 Julai lalu.



Dia melarikan diri ke Bangkok pada hari yang sama selepas rompakan itu.



Sejak ditangkap, Roach ditahan di sebuah pusat tahanan imigresen di Bangkok. Polis Thailand membatalkan haknya tinggal di negara itu selepas Singapura mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.



Roach, yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Suan Plu di Bangkok, ditangkap hasil kerjasama yang kukuh antara agensi penguatkuasaan undang-undang di Singapura dengan Thailand.



Roach dikatakan pernah menyatakan hasrat tidak mahu diekstradisi ke Singapura tetapi mahu dihantar ke Canada.



Ketua Interpol Bangkok, Mejar Jeneral Polis Apichat Suriboonya, memberitahu bahawa pada minggu lalu, Singapura membuat permintaan kepada Pejabat Peguam Negara Thailand meminta suspek diserahkan kepada negara ini dan permintaan itu sedang diproses.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >