Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura mungkin alami jerebu rentas sempadan jika cuaca lebih kering antara Jun dengan Okt

May 08, 2022 | 04:52 PM



Singapura mungkin akan terjejas oleh jerebu rentas sempadan pada separuh kedua tahun ini jika berlaku cuaca kering berpanjangan yang boleh menyebabkan peningkatan tompok panas dan kegiatan jerebu asap di rantau ini. 



Ini disebabkan oleh fenomena iklim semula jadi bernama La Nina, yang menyebabkan cuaca lebih sejuk di Asia Tenggara sejak lewat 2020, akan semakin reda pada masa itu nanti, kata Khidmat Meteorologi Singapura (MSS). 



Tempoh antara Jun dengan Oktober lazimnya merupakan musim kering di bahagian Asia Tenggara, yang akan menyaksikan corak hujan hampir biasa tanpa berlakunya El-Nino. 



El-Nino, yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering di Asia Tenggara mempunyai fenomena bertentangan dengan La Nina. 



“Namun cuaca keringan berpanjangan masih boleh berlaku semasa tempoh, menyebabkan tompok panas dan jerebu asap meningkat di kawasan yang mudah terbakar di kawasan ini,” kata MSS, yang di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA). 



“Bergantung kepada lokasi kebakaran dan arah angin, Singapura mungkin dijejas oleh jerebu asap rentas sempadan semasa tempoh lebih kering,” tambah MSS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >