Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

S’pura-Qatar pererat hubungan dengan lima MOU

MOU termasuk pembangunan sosial dan keluarga, pendidikan, penyelidikan berkaitan air, digitalisasi serta inovasi perusahaan dan kerjasama komersial
Aug 24, 2023 | 07:00 PM



Singapura dan Qatar telah memeterai lima memorandum persefahaman (MOU) pada Khamis untuk memperkukuh kerjasama dalam beberapa bidang.

Ini termasuk pembangunan sosial dan keluarga, pendidikan, penyelidikan berkaitan air, digitalisasi serta inovasi perusahaan serta kerjasama komersial, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis.

Pemeteraian MOU tersebut telah disaksikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, yang sedang mengadakan lawatan tiga hari ke Singapura sejak Rabu.

Semasa pertemuan itu, kededua pemimpin telah membincangkan langkah mengukuhkan kerjasama antara kededua negara dalam beberapa bidang termasuk tenaga, perdagangan dan pelaburan serta usaha menangani radikalisasi.

“Negara kecil seperti kita berkongsi cabaran sama dan boleh belajar dari pengalaman masing-masing.

“Mereka (kededua pemimpin) juga bersetuju bahawa Singapura dan Qatar perlu bekerjasama lebih rapat untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Asia Tenggara dan Teluk,” menurut kenyataan itu lagi.

PM Lee juga telah menyambut kedatangan Sheikh Mohammed dengan mengadakan jamuan makan tengah hari rasmi di Istana.

Awal sebelum itu, Presiden Halimah Yacob telah bertemu Sheikh Mohammed dalam acara berasingan bagi mengesahkan lagi hubungan dua hala yang baik antara kededua negara.

Presiden Halimah menyambut baik kemajuan dalam kerjasama dua hala dalam bidang seperti keselamatan makanan dan inovasi susulan lawatan ke Qatar pada Jun 2023.

Dalam satu kiriman di Facebook, Puan Halimah berkata:

“Sheikh Mohammed sering melawat Singapura, namun ini lawatan rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri.

“Kami mengesahkan hubungan baik antara Singapura dan Qatar dan menyambut baik kemajuan dalam kerjasama dua hala sejak lawatan saya (ke Qatar),” katanya.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Singapura, Sheikh Mohammed akan menjadi pengerusi mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi Singapura-Qatar (HLJC) bersama Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean pada Jumaat.

Puan Halimah menambah: “Saya yakin kededua pihak akan berbincang dengan baik berkaitan usaha mengukuhkan lagi kerjasama dua hala kita.”

HLJC yang ditubuhkan pada 2006, merupakan wadah utama bagi melakarkan arah strategi hubungan Qatar-Singapura.

Sheikh Mohammed juga bakal menyampaikan Kuliah Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik Raffles mengenai topik “Negara Kecil: Strategi Kejayaan dalam Dunia Berdaya Saing”.

Sementara itu, bunga orkid hibrid baru, Dendrobium Mohammed Bin Abdulrahman Al-Thani, telah dinamakan sempena beliau pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >