MESYUARAT Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi (HLJC) Qatar-Singapura yang ketujuh telah diadakan di Qatar kelmarin dan dihadiri menteri-menteri dan pegawai kanan dari kededua negara.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Teo Chee Hean, dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah Bin Nasser Bin Khalifa Al Thani, yang telah menyampaikan rasa puas hati beliau di mesyuarat itu dengan hubungan dua hala yang sangat baik, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).