Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura sasaran ISIS sama ada ia sertai Amerika atau tidak: PM Lee

Aug 04, 2016 | 08:30 AM



WASHINGTON: Singapura menjadi sasaran Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), sama ada negara ini menyertai atau tidak pakatan pimpinan Amerika Syarikat menentang kumpulan militan itu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (3 Ogos, Khamis waktu Singapura).



Beliau menyatakan demikian semasa menerangkan bahawa keputusan menghantar pasukan perubatan untuk menyumbang kepada usaha menentang ISIS dibuat demi keselamatan Singapura.



Bercakap kepada wartawan Singapura apabila beliau merumuskan lawatan rasminya ke Washington, Encik Lee menolak tanggapan bahawa penyertaan Singapura akan meningkatkan negara ini sebagai sasaran.



"Kita tetap menjadi sasaran ISIS. JI (Jemaah Islamiyah) memburu kita sebelum kita melakukan apa-apa dan sebelum kita tahu mereka wujud," katanya.



"Jika mereka melihat Indonesia dan Malaysia sebagai sasaran sah, lebih-lebih lagi Singapura sebuah negara rasional, terbuka, kosmopolitan, bukan ciri-ciri yang pada mereka harus ada pada sesebuah negara, dan oleh itu harus diserang.



"Jadi, jangan fikir bahawa dengan duduk diam-diam, kita tidak akan menjadi sasaran."



Pada Selasa, Encik Lee mengumumkan Singapura akan menghantar pasukan perubatan untuk menyumbang kepada usaha menentang ISIS. Beliau berkata Singapura juga mempunyai pasukan tentera di Timur Tengah untuk beberapa ketika.



Kementerian Pertahanan berkata penempatan itu sama dengan pengerahan pasukan perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebelum ini semasa Operasi Blue Ridge di Afghanistan.



Saiz pasukan itu belum ditetapkan dan SAF akan terlebih dahulu menghantar pasukan Penilaian dan Tinjauan Keperluan untuk menilai keperluan, sebelum menentukan saiz pasukan sokongan itu.



Selain sumbangan pada usaha menentang ISIS, kenyataan bersama antara Amerika dan Singapura yang dikeluarkan selepas Encik Lee menemui Presiden Barack Obama di Pejabat Oval juga menyebut bahawa Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) sedang meneroka kemungkinan mengadakan latihan di Guam - wilayah Amerika yang menempatkan Pangkalan Tentera Udara Andersen Amerika.



Encik Lee berkata perbincangan masih di peringkat awal.



"Angkatan Udara sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan pilihan latihan kerana ruang udara begitu terbatas di Singapura. Oleh itu, kita ada pejuang berlatih di Amerika, di Australia - kita ada sebuah sekolah latihan penerbangan di sana, kita mempunyai sebuah kemudahan di Perancis, di Bordeaux," katanya.



"Dan Guam, secara geografi, lebih dekat sedikit dari tempat-tempat ini. Bukan sedekat sebelah pintu, tetapi tidak begitu jauh. Dan tentera Amerika berada di sana, dan ada kemungkinan baik kita dapat bekerja bersama mereka, dan membangunkan latihan kemudahan di sana.



"Ia sesuatu yang kita sedang bincangkan tetapi ia masih di peringkat awal."



Guam sebuah pulau di Lautan Pasifik, kira-kira empat jam penerbangan ke timur Filipina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >