Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura sumbang $67,000 bantu penduduk Jenin, Tebing Barat

Jul 11, 2023 | 02:59 PM



Singapura akan menyumbang AS$50,000 ($67,111) kepada usaha bantuan kemanusiaan untuk penduduk di Jenin, Tebing Barat, yang dijalankan oleh Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat Bangsa Bangsa Bersatu (UNRWA).

Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata dalam satu kenyataan pada Selasa Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, memaklumkan itu kepada Perdana Menteri Penguasa Palestin (PA), Dr Mohammad Shtayyeh, semasa pertemuan mereka di Ramallah.

Encik Teo berada di Palestin dan Israel bagi satu lawatan rasmi pada Isnin.

Dalam pertemuan mereka, Encik Teo dan Dr Shtayyeh mengesahkan lagi hubungan mesra antara Singapura dengan Palestin, dan mengalu-alukan penubuhan Pejabat Perwakilan Singapura (SRO) di Ramallah pada Oktober 2022 untuk menyelaras usaha pembangunan keupayaan dengan lebih baik.

Encik Teo mengulangi sokongan berterusan Singapura bagi usaha pembangunan keupayaan Palestin melalui Program Kerjasama Singapura, termasuk Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) untuk rakyat Palestin.

Beliau menemui Presiden Israel, Encik Isaac Herzog dan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, di negara itu.

Para pemimpin tersebut mengesahkan hubungan yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan Israel.

Mereka bersetuju bahawa penubuhan Kedutaan Singapura di Tel Aviv pada Oktober 2022 akan memudahkan kerjasama lebih mendalam bagi bidang baru seperti kecerdasan buatan (AI), teknologi pertanian dan pendigitalan.

Encik Teo juga menemui pegawai kanan Israel bagi membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.

Dalam mesyuarat-mesyuaratnya, Encik Teo bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk proses damai Timur Tengah, kata MFA.

Encik Teo mengulangi sokongan Singapura yang berprinsip dan sudah lama ada bagi huraian dua negara yang dirundingkan.

Ia selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan, dengan rakyat Palestin dan Israel hidup di samping satu sama lain secara aman dan selamat.

Ini satu-satunya pilihan berdaya maju bagi mencapai huraian jangka panjang yang bertahan, adil dan menyeluruh, kata MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >