Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tambah sumbangan bagi pembangunan semula Gaza

Oct 13, 2014 | 02:49 PM



SINGAPURA telah menyumbang lagi AS$100,000 ($127,000) kepada usaha-usaha bantuan kemanusian demi membangunkan semula Gaza dan Palestin.


Ini diumumkan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, semasa beliau menyampaikan kenyataan Singapura di Persidangan Antarabangsa Kahirah bagi Palestin dan Pembangunan Semula Gaza, di Kahirah, Mesir, semalam.


Encik Masagos berkata, sumbangan AS$100,000 itu bertujuan untuk disalurkan kepada Kelompok Air, Sanitasi dan Kebersihan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef).


Sumbangan berkenaan merupakan tambahan kepada pemberian Singapura yang dihulurkan sebelum ini, juga sebanyak AS$100,000, bagi usaha-usaha bantuan di Gaza yang dibuat menerusi Palang Merah Singapura pada 23 Julai lalu.


Dalam kenyataannya, Encik Masagos juga menekankan komitmen Singapura untuk membantu Penguasa Kebangsaan Palestin (PNA) dalam usaha-usaha membina keupayaan menerusi pakej bantuan teknikal yang dipertingkatkan.


"Keadaan kemanusiaan di Gaza menjadi keprihatinan Pemerintah Singapura, dan bagi rakyat Singapura. Kami menyokong semua usaha-usaha antarabangsa untuk meringankan kesengsaraan warga di sana," kata Encik Masagos dalam kenyataannya.


Selain sumbangan pemerintah itu, rakyat Singapura juga telah menyumbang kepada usaha-usaha mengumpul dana.


Pada 30 September lalu, sekitar $1.7 juta telah berjaya dikumpul untuk bantuan kemanusian di Gaza.


Menyentuh pakej bantuan teknikal yang diberikan kepada PNA, Encik Masagos berkata ia bernilai $5 juta bagi tempoh lima tahun yang diumumkan tahun lalu.


Ia merangkumi lawatan-lawatan sambil belajar ke Singapura; memberi keutamaan bagi tempat-tempat kursus latihan dalam Program Kerjasama Singapura (SCP); dan memberi biasiswa possiswazah.


Sejak 1996, lebih 140 pegawai Palestin telah menghadiri kursus-kursus di Singapura dan mereka telah menerima latihan dalam bidang-bidang seperti pendidikan, pengurusan bencana dan ICT.


Encik Masagos berkata, dalam tempoh janga panjang, pembangunan semula Gaza mesti disertai dengan mengukuhkan institusi-institusi, dan meningkatkan usaha-usaha pembangunan keupayaan.


"Singapura gembira untuk mengongsi pengalaman-pengalaman dan kepakaran pembangunan kami dengan rakyat Palestin, dan membantu membina keupayaan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >