S'pura tidak import coklat Cadbury yang ada DNA babi

SINGAPURA tidak mengimport dua produk coklat Cadbury - coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam - yang mengandungi DNA babi, kata Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) tadi.

Kenyataan AVA itu dibuat selepas Cadbury Malaysia memanggil balik dua produk itu yang didapati mengandungi DNA porcine.

AVA berkata, mereka akan memeriksa produk serupa di bawah jenama Cadbury di Singapura "bagi memastikan bahan yang digunakan dalam pengiangan produk itu benar-benar diisytiharkan seperti yang disebut" jelas AVA lagi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.