Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura 'tidak pihak mana-mana negara dalam dasar luar'

Jul 07, 2016 | 07:39 AM



BEIJING: Singapura tidak berpihak pada sembarang negara tetapi mengamalkan pendirian berprinsip dan bebas dalam dasar luarnya, yang didorong kepentingan sendiri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing.



Ini kerana sebagai sebuah negara kecil dengan sumber terhad, Singapura memerlukan sistem global yang berasaskan peraturan, prinsip dan inklusif, katanya, ketika bercakap kepada belia China pada sebuah dialog di Beijing pada Rabu (6 Jul).



"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kami hanya mengikut aturan dunia berasaskan prinsip dan keterbukaan," kata Encik Chan.



Kenyataan beliau dibuat sedang perhatian diberi pada peranan Singapura sebagai negara penyelaras hubungan China-Asean dan sebagai rakan bersama kedua-dua negara, Amerika Syarikat dan China, yang bersengketa di Laut China Selatan berhubung pertikaian wilayah antara Beijing dan beberapa negara Tenggara Asia.



Sebuah mesyuarat khas menteri luar Asean-China bulan lalu di Yunnan berakhir tanpa kesepakatan jelas mengenai pengendalian isu Laut China Selatan.



Media China juga menyiarkan komentar beberapa bulan kebelakangan ini mempersoal apakah Singapura berpihak pada Beijing atau Washington.



Dalam ucapan kepada kira-kira 50 pelajar di Universiti Renmin, Encik Chan menyebut dua contoh untuk menunjukkan bagaimana Singapura bertindak secara bebas dalam dasar luarnya, walaupun menghadapi tekanan dari luar.



Ia menghukum mati dua askar marin Indonesia kerana melakukan serangan di Republik itu pada 1965 semasa Konfrontasi, dan juga mengusir seorang diplomat Amerika pada 1988 kerana campur tangan dalam politik Singapura.



Encik Chan menambah bahawa Singapura, walaupun kecil, berharap dapat memainkan peranan positif dalam ehwal global, baik dalam Kumpulan Tadbir Global, negara Kumpulan 20, mahupun Bank Pelaburan Infrastruktur Asia yang diterajui China.



Beliau melawat China sebagai pengerusi cabang beliau Parti Tindakan Rakyat (PAP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >