Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, UAE meterai MOU untuk saling iktiraf sijil halal

Oct 22, 2023 | 06:58 PM



Singapura dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) kian saling mengiktiraf sijil dan tanda halal dari negara masing-masing, sebagai sebahagian usaha memperkukuh perdagangan produk halal antara kededua negara.

Ini menyusuli satu memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Kementerian Perusahaan dan Teknologi Lanjutan (MOIAT) UAE di Abu Dhabi pada Ahad.

MOU itu ditandatangani Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, dan Setiausaha Rendah MOIAT, Encik Omar Ahmed Suwaina Al Suwaidi.

Menurut satu kenyataan oleh Muis, pengiktirafan antara kededua penguasa itu akan memudahkan perdagangan produk setempat bersijil halal antara Singapura dan UAE.

“Syarikat berpangkalan di Singapura boleh mengeksport produk bersijil halal Muis yang dihasilkan di Singapura ke UAE.

“Sejajar dengan itu, produk yang diiktiraf oleh Badan Pensijilan Halal berdaftar dengan MOIAT di UAE yang dihasilkan di UAE akan turut diiktiraf oleh Muis bagi penggunaan kedai bersijil halal Muis di Singapura,” kata Muis.

MOU pensijilan halal itu ialah antara lapan MOU yang dimeterai Singapura dan UAE di pada Ahad.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang berada di UAE bagi satu lawatan rasmi, menyaksikan pertukaran lapan MOU itu.

Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, yang turut menyertai lawatan itu, telah menghadiri upacara pertukaran MOU itu bersama pegawai dari UAE, Encik Khaldoon Al Mubarak.

Awal sebelum itu, Encik Lee turut mengadakan lawatan ke Arab Saudi dari Selasa hingga Jumaat lalu.

Di Saudi, Muis dan Pihak Berkuasa Makanan dan Ubatan Arab Saudi (SFDA) memeterai MOU untuk saling mengiktiraf produk halal di Singapura dan Saudi.

Perjanjian dengan Saudi itu merupakan kali pertama Muis menandatangani perjanjian halal dengan negara lain.

Menurut Muis sebelum ini, mereka juga akan meneroka peluang bagi perjanjian serupa dengan pihak berkuasa halal di negara lain untuk saling mengiktiraf sijil dan tanda halal masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >