Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura umum kadar tol baru di Koswe

Sep 12, 2014 | 08:34 PM



KADAR tol bagi semua kenderaan, kecuali motosikal, yang keluar Singapura melalui Koswe akan dinaikkan mulai 1 Oktober.


Selain itu, semua kenderaan, kecuali motosikal, yang memasuki Singapura melalui Koswe akan dikenakan tol mulai tarikh sama.


Kadar tol baru itu dilaksana agar sepadan dengan kadar yang dikenakan kerajaan Malaysia baru-baru ini, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan semalam.


Bagaimanapun, tiada perubahan dibuat ke atas kadar tol di Second Link di Tuas, kata LTA.


Mulai 1 Oktober, kereta yang meninggalkan Singapura melalui Koswe perlu membayar tol $3.80, berbanding $1.20 sekarang.


Kereta yang memasuki Singapura dikehendaki membayar $2.70.


Van dan kenderaan barangan ringan dikenakan bayaran $5.80, berbanding $1.90 sekarang, apabila keluar Singapura dan $4 apabila memasuki negara ini.


Kenderaan barangan berat pula perlu membayar $7.70 apabila keluar, berbanding $2.60 kini, dan $5.30 apabila memasuki Singapura.


Teksi dikenakan $1.90 apabila keluar dan $1.40 apabila masuk Singapura.


Bas pula membayar $3.10 apabila keluar dan $2.20 apabila masuk.


Sekarang, teksi membayar 60 sen sementara bas $1 apabila keluar Singapura.


Menjelaskan semakan itu, LTA berkata: "Singapura mempunyai dasar sekian lama memadankan bayaran tol kita di Koswe dan Second Link dengan tol yang ditetapkan Malaysia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >