PELAJAR Singapura berusia 15 tahun telah menunjukkan keupayaan cemerlang dalam menjawab soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
Dalam laporan terkini Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) yang didedahkan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, buat pertama kalinya pelajar Singapura berjaya menduduki tangga teratas dan mengatasi pelajar dari 72 sistem pendidikan lain dalam kemahiran celik Matematik, Sains dan Pembacaan.