Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura yakin kuota haji akan terus ditambah

Yaacob: Saudi sokong permintaan selepas selesainya kerja pembesaran Masjidil Haram
Sep 11, 2017 | 05:30 AM



SINGAPURA melahirkan rasa syukur dengan keputusan kerajaan Arab Saudi yang menaikkan kuota rasmi bagi jemaah Singapura kepada 800 mulai tahun ini dan yakin kerajaan Arab Saudi berupaya menambah kuota itu berikutan selesainya kerja-kerja pembesaran di Masjid Haram.



Kuota haji Singapura sebelum ini ditetapkan kepada hanya 680 jemaah.



Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



"Semasa saya berada di sana (Arab Saudi), saya telah berjumpa dengan Menteri Haji Arab Saudi bukan sahaja bagi merapatkan lagi hubungan tetapi juga berbincang mengenai isu kuota.



"Saya telah menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi yang menambah kuota haji rasmi Singapura kepada 800 dan meminta agar kuota dapat ditambah dan beliau berjanji akan menyokong permintaan Singapura.



"Di pihak Singapura pula, kita berjanji akan membantu menjalankan proses haji secara licin, dan memastikan setiap jemaah Singapura mengikuti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi," jelas Dr Yaacob lagi.



Beliau berkata demikian sewaktu sesi Brunch Bersama Mendaki yang diadakan di Institut Pengajian Sepanjang Hayat semalam.



Brunch Bersama Mendaki yang disertai lebih 1,300 ibu bapa dan anak- anak antara lain mengupas usaha memupuk tabiat yang baik dan usaha membina sebuah keluarga yang berjaya - bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi kelakuan, sikap dan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk dekad ke-21.



Dr Yaacob sebelum ini berada di Arab Saudi bagi mengerjakan ibadah haji. Beliau pulang kelmarin.



Menjelaskan lebih lanjut, Dr Yaacob berkata beliau yakin terdapat ruang bagi menambah kuota haji Singapura.



"Ini kerana banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi untuk membesarkan Masjidil Haram dan juga projek-projek di Madinah. Ia memberi ruang lebih luas bagi jemaah akan datang.



"Saya rasa terdapat peluang untuk Singapura menerima kuota haji yang lebih tinggi dalam tahun-tahun mendatang," jelasnya lagi.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang, dalam ucapannya menegaskan keluarga merupakan tunggak utama sesebuah masyarakat.



"Sebuah keluarga yang kukuh dan berdaya tahan dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dan peduli.



"Sebagai seorang ibu, saya sedari betapa pentingnya memperkasa diri dan mengambil tahu tentang perkembangan dan informasi terkini, bukan sahaja mengenai hal-hal persekolahan tetapi juga apa yang berlaku di sekeliling kita," jelasnya.



Brunch Bersama Mendaki semalam juga menampil tiga 'pakar' keluarga yang berkongsi tip-tip keluarga berjaya.



Tiga pakar itu ialah Cik Nafisah Md Ma'Mun Suheimi, Encik Mohd Ali Mahmood dan juga Encik Mustaffa Osman.




PERKASA KEMAHIRAN IBU BAPA



"Dalam dunia yang ideal kita sepatutnya memainkan peranan yang konstruktif dan menyokong anak-anak. Namun dunia ini tidak sempurna, lantas 'Brunch with Mendaki' memberi peluang kepada ibu bapa mempelajari beberapa kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik. Program 'Brunch with Mendaki' telah dianjurkan sejak beberapa tahun... saya harap program ini dapat membantu ibu bapa timba kemahiran untuk membantu anak-anak mereka capai potensi masing-masing."
- Dr Yaacob semasa ditemui di sesi 'Brunch with Mendaki'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >