Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura yakin pelawat China tidak jejas sistem kesihatan negara

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



APABILA China menamatkan dasar sifar Covidnya pada Disember lalu, beberapa negara mengenakan sekatan ke atas ketibaan para pelawat China di sebalik lonjakan kes Covid-19 di negara itu.



Namun, Singapura mengambil keputusan untuk melakukan sebaliknya, biar pun terdapat kritikan yang diterima.



Para pakar di sini yang mengkaji isu itu mengambil keputusan bahawa meskipun terdapat banyak kes, tiada varian baru yang perlu dibimbangkan.



Negara ini yakin bahawa sistem penjagaan kesihatannya tidak akan menjadi tertekan memandangkan tidak ramai pelawat China yang perlu dimasukkan ke hospital, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, kelmarin.



"Sejauh ini, keputusan yang diambil adalah tepat.



"Bilangan kes import dari China kini kurang daripada lima kes setiap minggu.



"Malah, kami sedang dalam satu kedudukan untuk meningkatkan bilangan penerbangan yang keluar masuk dari China," kata Encik Shanmugam yang berucap di satu acara sempena Tahun Baru Cina anjuran persatuan Hokien Huay Kuan Singapura (SHHK).



Bulan lalu, Parlimen diberitahu bahawa Singapura akan terus mengekalkan pendekatan yang berhati-hati dan waspada terhadap langkah mengembalikan hubungan udaranya dengan China, dan pihak berkuasa sedang menyemak semula permohonan untuk mengendalikan lebih banyak penerbangan antara kededua negara.



Kelmarin Encik Shanmugam memetik bagaimana isu hubungan udara ini boleh dijadikan sebagai satu contoh pendekatan Singapura terhadap hubungan antarabangsanya sedang ketegangan antara Amerika Syarikat dengan China memuncak.



"Kadang kala, langkah yang kami ambil seolah-olah kami lebih selari dengan sesebuah negara, pada lain masa pula ia mungkin kelihatan seperti kami selari pula dengan sesebuah negara lain.



"Tapi sebenarnya kami sentiasa selari dengan sebuah negara - Singapura, diri kita sendiri dan prinsip kita," katanya.



Sebagai sebuah negara kecil, Encik Shanmugam berkata Singapura perlu jelas dengan prinsipnya.



"Kita mesti sentiasa letakkan kepentingan Singapura dahulu, dan tidak perlu takut untuk bertindak demi kepentingan kita sendiri.



"Kekalkan prinsip dan kedudukan kita secara konsisten, tidak berat sebelah, berobjektif, dan usah biarkan negara lain, besar atau kecil, tidak kira betapa mesra mereka, untuk memberitahu kita apa yang perlu kita lakukan," katanya.



Beliau menambah bahawa dasar-dasar negara ini, tidak kira dasar asing atau domestik, perlu diputuskan oleh warga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >