ST Aerospace bayar denda $6,300 kepada Indonesia

SINGAPORE Technologies (ST) Aerospace telah mengesahkan ia telah membayar denda Rupiah 60 juta ($6,300) kepada Pengarah Agung Penerbangan Awam Indonesia semalam, menyusuli dakwaan bahawa salah sebuah pesawat syarikat itu telah memasuki ruang angkasa negara itu.

Jurucakap firma itu berkata "keutamaan mereka adalah untuk membawa balik pesawat berkenaan dan anak kapal ke Singapura secepat mungkin".

Pesawat C90GTi King Air milik ST Aerospace dan dikendalikan oleh cabang latihan juruterbangnya, Pacific Flight Services, telah dipintas oleh jet pejuang Indonesia kelmarin semasa dalam penerbangan dari Sibu di Sarawak ke Singapura.

Pesawat yang membawa juruterbang Singapura dan dua warga asing itu dipaksa mendarat di Pontianak sebelum ditahan.

Ia hanya mendarat di Lapangan Terbang Seletar sekitar 7.18 petang semalam.

ST Aerospace berkata ia mengikuti arahan protokol dan syarikat itu telah memberi pelan laluan penerbangan seperti yang dilakukan dalam penerbangan serupa itu.

Jurucakap itu berkata, ia akan terus mendapatkan penjelasan daripada pihak berkuasa tentang perkara tersebut, dan membuat perubahan kepada pelan penerbangannya seperti yang diperlukan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.