Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staf akan dihukum jika silap manusia akibatkan nahas maut MRT: Khaw

mrt
Apr 12, 2016 | 03:04 PM



SIASATAN kemalangan landasan MRT yang mengorbankan dua kru penyenggaraan SMRT baru-baru ini akan menentukan sama ada terdapat kelemahan prosedur keselamatan atau kakitangan tidak mematuhinya, kata Menteri Pengangkutan, EncikKhaw Boon Wan, pada Selasa (12 April).



Sekiranya siasatan mendedahkan kesilapan manusia, mereka yang bertanggungjawab akan dihukum, ujar beliau di Parlimen semasa perbahasan belanjawan kementeriannya.



Bercakap mengenai kemalangan maut itu, Encik Khaw berkata beliau juga telah mengarahkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bekerja dengan SMRT untuk mengkaji dengan teliti prosedur berkaitan keselamatan mereka.



"Matlamat bersama kami ialah mengelakkan kemalangan seperti itu daripada berlaku lagi," Encik Khaw memberitahu Dewan.



Pada 22 Mac, pelatih penyenggaraan SMRT, Allahyarham Nasrulhudin Najumudin, 26 tahun, dan Allahyarham Muhammad Asyraf Ahmad Buhari, 24 tahuh, meninggal dunia setelah dilanggar kereta api di landasan berhampiran stesen MRT Pasir Ris.



Mereka antara sekumpulan 15 kakitangan teknikal yang dihantar turun ke landasan untuk memeriksa penggera yang dihidupkan oleh sensor pemantauan.



SMRT telah mengakui pasukan itu tidak memberitahu unit isyarat stesen bahawa mereka akan ke landasan.



Encik Khaw berkata siasatan koroner akan diadakan "apabila tiba masanya" bagi menyiasat kematian dua warga Singapura itu, yang baru mula kerja dengan SMRT Januari lalu.



Sementara itu, SMRT telah menyelesaikan siasatannya, yang sedang dikaji oleh pakar-pakar bebas, manakala Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan polis juga sedang menjalankan siasatan mereka sendiri, kata Encik Khaw.



Dalam ucapannya, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >