Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Staf NUS jadi mangsa serangan siber terbaru 'spear phishing'

May 18, 2017 | 01:58 PM



SATU lagi serangan siber terbaru melanda sistem komputer Universiti Nasional Singapura (NUS) minggu ini.



Ini selepas pengodam menceroboh rangkaian universiti tersebut dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) beberapa minggu lalu untuk mencuri data.



Akhbar The Straits Times melaporkan serangan baru itu melibatkan komputer sekurang-kurangnya dua pekerja termasuk seorang pengkaji yang terlibat dalam projek keselamatan yang dibiayai Kementerian Pertahanan (Mindef).



Komputer felow kajian sains komputer NUS, Prosanta Gope, dicerobohi kelmarin selepas beliau menekan "link" dalam kiriman emel "spear phishing" daripada seorang lagi rakan sekerja, yang komputernya turut dicerobohi.



Akaun Dr Gope kemudian digunakan untuk menghantar lebih banyak emel phishing kepada rakan sekerja lain.



Kegiatan "spear phishing" ini merupakan amalan menghantar emel daripada pengirim yang dikenali dan dipercayai untuk menipu individu yang disasarkan agar mendedahkan maklumat, menekan rangkaian yang dijangkiti malware atau membuka lampiran atau fail yang telah dijangkiti.



Motif disebalik pencerobohan terkini itu belum dikenal pasti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >