DI SEBALIK pertunjukkan Kontinjen Kenderaan gah dan besar-besaran ialah perancangan terperinci hingga ke saat terakhir.
Bagi Kontinjen Kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Staf Sarjan Firdaus Samad selaku sarjan mejar kontinjen itu bertanggungjawab memastikan penyelarasan dan pembentukan formasi 109 kakitangan dan 29 kenderaan kilat dalam setiap aspek.