StarHub mula dakwaan terhadap dua penjual kotak set-top terlarang

STARHUB, pengendali TV berbayar terbesar di Singapura, telah memulakan dakwaan terhadap dua peniaga kotak set-top terlarang hari ini.

Ini berikutan penemuan beberapa ratus kotak set-top itu di sebuah tempat simpanan menyusuli serbuan StarHub pada September 2013.

Foo Yong Chun Shaun, 27 tahun, dan Chen Wenqiang Daniel, 32 tahun, hadir di mahkamah petang tadi di atas tuduhan kesalahan jenayah di bawah Akta Penyiaran berkaitan dengan pengedaran kotak set-top terlarang yang dirampas dalam serbuan tersebut.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda sehingga $40,000.

Dalam kenyataannya, StarHub berkata sejak awal 2013, ia telah mengesan sindiket yang mengedar risalah untuk memasarkan kotak-kotak set-top terlarang itu.

Kotak set-top itu boleh menyiarkan kandungan TV StarHub tanpa perlu melanggani khidmat berbayar yang disediakan StarHub.

Selepas menjalani siasatan, pengimport kotak-kotak itu dikenal pasti dan serbuan dilakukan dengan bantuan polis.

Cik Lin Shu Fen, Ketua Hiburan & SmartLife, StarHub berkata sejak beberapa tahun, StarHub telah membina rangkaian TV berbayar yang berdaya tahan, bagi menyampaikan kandungan berkualiti kepada para pelanggan kami.

"Sebagai usaha berterusan untuk mengukuhkan rangkaian kami, StarHub baru-baru ini telah meningkatkan piawaian penyulitan untuk pelanggan TV berbayar kami.

"Ia memerlukan penggunaan kad pintar baru untuk menyahsulit isyarat penyiaran kami. Ini telah menjadikan peti-peti terlarang itu tidak berkesan," kata beliau.

Adalah me jadi satu kesalahan jenayah untuk menjual, mengimport atau menghasilkan kotak set-top terlarang itu.

Memintas dan menerima isyarat kandungan rangkaian StarHub menggunakan kotak itu juga merupakan satu kesalahan.

Selain tindakan undang-undang, StarHub telah menggunakan kaedah teknologi untuk mengelakkan kotak-kotak itu daripada mendapatkan kandungannya.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.