Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STB beri respons kepada tinjauan yang menyatakan Singapura membosankan

Feb 03, 2018 | 02:07 PM



SINGAPURA membosankan?



Lembaga Pelancongan Singapura (STB) bersetuju dengan kenyataan itu menerusi satu video sindiran sebagai respons kepada satu tinjauan oleh syarikat media Britain, Time Out, baru-baru ini.



Menurut tinjauan yang mendapatkan respons daripada 15,000 orang di 32 bandar di seluruh dunia itu, Singapura menduduki tangga ke-31 daripada 32 bandar dalam senarai “bandar paling menyeronokkan”.



Oleh itu, STB mengeluarkan video sepanjang 55 saat yang memaparkan antara pemandangan dan kegiatan terbaik di negara ini untuk menunjukkan bahawa Singapura tidak membosankan seperti yang didapati tinjauan tersebut.



Video itu bermula dengan pemandangan latar langit Marina Bay dan kapsyen 'ya, Singapura membosankan'.



Ini disusuli pula dengan kapsyen 'tiada apa untuk dilakukan' sementara video itu menunjukkan gambar Universal Studios Singapore, Litar Jalan Raya Marina Bay dan buaian raksasa di Sentosa.



Video itu turut menunjukkan bahawa Singapura 'hanya dipenuhi dengan bangunan' dengan gambar Pulau Ubin dan Gardens by the Bay serta 'kekurangan seni dan budaya' dengan gambar Art Science Museum, Chinatown dan tarikan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >