Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen kereta api laju S'pura-KL mungkin di kawasan barat atau pusat bandar S'pura

Apr 07, 2014 | 05:37 PM



STESEN-STESEN kereta api laju antara Singapura dan Kuala Lumpur (KL) mungkin ditempatkan di kawasan barat atau pusat bandar Singapura - Tuas West, Jurong East atau di pusat bandar - sementara di KL mungkin di Sungai Besi.


Singapura dan Malaysia juga sedang menimbangkan kemungkinan membina sebuah jambatan baru, Jambatan Persahabatan, yang akan dibina dalam jangka panjang untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kededua negara.


Namun, pembinaan jambatan itu masih lagi di peringkat usulan dan belum mempunyai perincian.


Ia termasuk dalam perancangan jangka panjang kededua negara.


Inisiatif-inisiatif itu diumumkan di sidang media di akhir Rahat Pemimpin Ke-5 antara Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya, Malaysia, sebentar tadi.


Dalam rahat tersebut, Encik Lee juga telah melahirkan rasa simpati di atas tragedi pesawat MH370 dan mengulangi komitmen Singapura untuk terus membantu Malaysia dalam operasi mencari pesawat tersebut.


Datuk Seri Najib pula melahirkan penghargaan kepada Singapura yang menjadi antara negara pertama di rantau ini menghulurkan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat tersebut yang hilang sejak 8 Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >