Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen Sam Kee di LRT Punggol dibuka 29 Feb

Feb 18, 2016 | 04:01 PM



STESEN Sam Kee (PW1) di West Loop sistem Rel Ringan (LRT) Punggol akan dibuka pada 29 Feb.


Ini akan menyediakan penumpang akses ke Taman Waterway Punggol dan Safra Punggol Clubhouse, yang akan dibuka pada 24 April.


Kereta api akan berjalan pada frekuensi tujuh hingga lapan minit.


Dari permulaan masa operasi hingga 3 petang setiap hari, kereta api akan bergerak dari stesen Sam Kee ke stesen Pusat Bandar Punggol dan pulang dalam sambungan berterusan.


Dari 3 petang hingga tamat masa operasi, ia akan bergerak dalam arah bertentangan, berlepas dari stesen Pusat Bandar Punggol dan tiba di stesen Sam Kee akhir sekali.


Susunan ini menyediakan penumpang akses lebih cepat untuk sampai ke pusat town pada separuh pertama hari dan kembali ke rumah mereka pada separuh kedua.


Bahagian pertama LRT Punggol Barat, yang merangkumi tiga stesen - Nibong, Sumang dan Soo Teck - dibuka pada 29 Jun 2014.


Baki tiga stesen - Teck Lee (PW2), Punggol Point (PW3) dan Samudera (PW4) - di West Loop akan dibuka kemudian apabila kawasan sekitaran mereka dibangunkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >