Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

STI lancar program ijazah kejuruteraan sistem robotik mulai Sep

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



INSTITUT Teknologi Singapura (SIT) akan melancarkan sebuah program ijazah kejuruteraan baru dalam bidang sistem robotik pada tahun akademik 2021.



Program empat tahun sarjana muda kejuruteraan sistem robotik (RSE) itu akan dimulakan September ini dengan pengambilan awal 40 pelajar, umum SIT dalam satu kenyataan semalam.



Direka dengan perundingan bersama Program Robotik Singapura (NRP) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), program itu bertujuan melatih jurutera berupaya membangunkan, mengerah dan menyenggara robot dan memenuhi permintaan jurutera robotik dalam era automasi ini.



Ia ditawar menyusuli permintaan huraian automasi dan robotik bagi menambah daya penghasilan serta kecekapan industri tempatan.



"Oleh kerana permintaan automasi melangkau batasan kilang, robot di tempat kerja - iaitu robot yang boleh bergerak dan beroperasi di sekitaran dinamik dan tidak berstruktur - amat diperlukan bagi mengendali tugas terlalu sukar atau berbahaya bagi dilakukan oleh manusia.



"Robot dan automasi adalah huraian yang membantu dalam mempertingkat pengeluaran dan kecekapan sedang Singapura menyaksikan tekanan akibat perkembangan penduduk dan sumber tenaga manusia (rendah)," kata SIT.



Ketua Eksekutif NRP, Profesor Quek Tong Boon, berkata: "Kaedah robotik sudah pun digunakan dengan luas dalam perkilangan dan kami menjangka melihat lebih banyak robot perindustrian digunakan dalam beberapa tahun mendatang."



Program ijazah itu memberi tumpuan pada desain dan pembangunan sistem robotik perkhidmatan dan di tempat kerja sambil menyepadukan disiplin kejuruteraan lain menerusi kejuruteraan sistem.



"Pelajar akan dilatih mengerahkan elemen bersepadu seperti kejuruteraan sofwe dan kecerdasan buatan (AI) untuk menghubungkan pelbagai elemen mekatronik dan menghasilkan sebuah sistem robotik lengkap."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >