Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suami isteri dipenjara kerana curi susu tepung

Aug 14, 2014 | 08:19 PM



DIDORONG dengan kejayaannya mencuri susu tepung untuk diberikan kepada anak-anaknya, sepasang suami isteri meneruskan perbuatan tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan untung pula.


Mereka meletakkan iklan-iklan di Facebook yang menwarkan potongan harga susu yang dicuri.


Bila terdapat pelanggan yang mahu menempah 32 tin susu tepung, pasangan tersebut memenuhinya dengan mencuri tin-tin susu tepung pelbagai pasar raya.


Tadi, Cik Siti Husnizah Hussain, 36 tahun, telah dikenakan hukuman penjara dua bulan selepas dia mengaku bersalah mencuri susu tepung berharga lebih $2,500 sebanyak lapan kali.


Suaminya, Iskandar Samad, 26 tahun, pula dipenjara 10 bulan bagi kesalahan yang sama itu, selain kesalahan dadah bulan lalu.


Mahkamah diberitahu, pasangan yang mempunyai empat anak kecil itu mulanya mencuri susu tepung bagi anak-anaknya awal tahun ini.


Namun, selepas menerima respons menerusi iklan-iklannya yang menawarkan harga diskaun $1,400, mereka berjaya "memenuhi pesanan" itu dalam masa sebulan.


Antara tempoh 11 Mac dengan 25 April lalu, mereka mencuri 27 tin susu tepung dari pasar raya Giant di Sembawang Shopping Centre sebanyak tiga kali .


Tin-tin itu diletakkan dalam kereta sorong bayi atau troli beli-belah bersama barangan lain.


Walaupun mereka membayar harga barangan lain itu, tin-tin susu itu tidak dibayar dan dikesan.


Pasangan tersebut berjaya memenuhi pesanan dan menerima bayaran dari pembeli, namun ditangkap selepas seorang pekerja Giant mendapati percanggahan semasa membuat pemeriksaan inventori dan pemantauan kamera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >