Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suasana hiba iringi pengebumian mangsa gempa Sabah

Jun 09, 2015 | 01:00 PM



HIBA menyelebungi Pusara Abadi sedang keluarga, saudara mara dan rakan-rakan mengiringi jenazah Allahyarham Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay dan Allahyarham Muhammad Daanish Amran pagi tadi.


Mereka merupakan antara mangsa yang terkorban dek gempa bumi di Sabah Jumaat lalu.


Allahyarham Ameer seorang pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong manakala Allahyarham Daanish pula pemandu kembara yang menemani kumpulan murid dan guru sekolah tersebut.


Jenazah mereka disolatkan di Masjid Ba'alwie sebelum dibawa ke Pusara Abadi, diiringi sekitar 200 ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan kedua-dua keluarga.


Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.


Ketika ditemui, Encik Heng menyifatkan kedua-dua Allahyarham Ameer dan Allahyarham Daanish sebagai individu yang aktif dan mempunyai semangat mencabar diri mereka.


"Saya berharap kami menggunakan hari ini untuk memperingati semua nyawa yang terkorban akibat gempa bumi ini, dan kami dapat bersatu sebagai sebuah masyarakat, sebagai sebuah keluarga, sebagai sebuah negara untuk memberi sokongan kepada ahli keluarga," kata beliau.


Dr Yaacob turut melahirkan rasa sedihnya sambil berkata orang ramai harus memberi sokongan kepada keluarga yang terjejas.


"Saya rasa yang lebih penting ialah bagaimana kita memberi sokongan kepada keluarga yang telah kehilangan anak mereka. Pada masa yang sama juga, bagi murid yang tidak terjejas, bagaimana kita boleh menolong mereka juga kerana ini adalah satu cabaran yang begitu genting untuk mereka atasi," kata beliau.


Rakan rapat Allahyarham Ameer, Syarf Haqqani Teguh, 12 tahun, menyifatkan arwahnya sebagai seseorang yang sangat baik dan pemurah hati.


"Pernah sekali saya bergurau dengan dia saya mahukan but bola tetapi dia betul-betul berikan saya but bola yang dibelikan datuknya di England," katanya, yang mengenali Allayarham sejak empat tahun lalu dan kali terakhir menemuinya pada 8 April lalu


Seorang rakan Allahyarham Daanish, yang menuntut bersamanya di Politeknik Nanyang dalam jurusan kejuruteraan, Nurul Aziera Jefrizal, 24 tahun, turut menziarahi keluarga Allahyarham bersama rakan-rakan sekolah lain.


"Beliau rasa ghairah untuk ke Sabah. Sebelum beliau ke sana, buat pertama kalinya, beliau meminta saya untuk berdoa baginya. Beliau adalah seorang yang selalu hulurkan bantuan dan sungguh positif orangnya," kata beliau.


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >