Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Subsidi bagi 33 lagi ubat rawatan barah mahal dalam setahun ini

Aug 20, 2021 | 05:30 AM



DALAM masa setahun lagi, Singapura akan menambah 33 ubat rawatan barah yang mahal ke Dana Bantuan Rawatan Perubatan (MAF), yang memberi subsidi bagi ubat mahal yang disifatkan sebagai satu keperluan.



Ini bermakna orang yang mempunyai kesukaran membeli ubat sedemikian kini boleh menerima subsidi sehingga 75 peratus daripada harga ubat, bergantung kepada gaji per kapita isi rumah masing-masing.



Buat masa ini, ada enam ubat sedemikian dalam senarai MAF.



"Kebanyakan ubat barah yang dipaten tidak menerima subsidi kerana ia dianggap tidak berkesan dari segi kos, berdasarkan harga pada masa ini," kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Ia menambah bahawa 22 ubat rawatan barah akan dimasukkan ke dalam Senarai Ubat Standard (SDL), yang memberi subsidi bagi ubat lebih murah. Ini menjadikan keseluruhannya 70 ubat rawatan barah di SDL dan 39 ubat sedemikian di MAF menjelang September tahun depan.



Keputusan MOH untuk menambah ubat itu kepada senarai tersebut adalah menyusuli semakan terkini mengenai rawatan barah di Singapura.



Semakan itu melibatkan perubahan kepada had tuntutan di bawah MediShield Hayat, dengan lebih banyak rawatan barah diberikan subsidi.



Ini sedang MOH terus berunding untuk mengurangkan lagi harga ubat rawatan barah.



Syarikat farmaseutikal biasanya mengenakan harga lebih tinggi ke atas Singapura bagi ubat rawatan barah, berbanding negara-negara maju lain seperti Korea Selatan dan Australia.



Sebagai contoh, Singapura membayar harga lebih tinggi bagi tyrosine kinase inhibitor, yang digunakan untuk merawat barah paru-paru, hati dan tiroid serta bagi anti-androgen yang digunakan dalam rawatan barah prostat.



Ubat sedemikian boleh dikenakan harga 1.5 hingga dua kali ganda berbanding apa yang dibayar oleh negara-negara lain, kata MOH, menjawab pertanyaan The Straits Times.



MOH juga berkata perbezaan harga ini disebabkan had tuntutan $3,000 yang dikenakan bagi semua jenis ubat barah.



Mengetahui bahawa rawatan barah dilindungi program insurans kesihatan nasional sehingga had ini, tidak memberikan sebab atau menjadi dorongan kecil kepada syarikat farmaseutikal untuk mengurangkan harga, tambah kementerian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >