KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) semalam mengumumkan majikan akan terus menikmati subsidi gaji bagi menggajikan pekerja lanjut usia bagi tempoh lagi setahun.
Subsidi gaji sebanyak 3 peratus akan dilanjutkan daripada akhir tahun ini bagi majikan yang menggaji semula pekerja setempat yang berusia 65 tahun dan atas, kata Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, semasa lawatannya ke syarikat TCG Rengo.