JUMLAH Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) yang diagihkan oleh Yayasan Mendaki kepada para pelajar Melayu mencapai paras tertinggi sebanyak $30.75 juta tahun lalu, dengan 4,175 pelajar berjaya mendapat subsidi itu.
Perbelanjaan lebih tinggi disebabkan perluasan skim bantuan terutama dalam bidang pendidikan pula menyebabkan Mendaki menanggung defisit belanjawan $1.89 juta buat pertama kali bagi tahun kewangan 2013.