Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sufi juara Akademi Fantasia 2015

Oct 12, 2015 | 09:50 AM



PENYANYI tanah air, Sufie Rashid mencipta sejarah sebagai juara Akademi Fantasia (AF) yang pertama dari Singapura.


Pemuda berusia 24 tahun itu bahkan meninggalkan jauh saingannya iaitu Syameel Aqmal Mohd Fodzly (Syamel), Nurnajmi Nabila Samsaidi (Bila) dan Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (Shahrul) dengan mengaup 41.3 peratus undian penonton siri program realiti popular itu.


Naib juara, Syamel, 22 tahun, menerima 21.3 peratus undian disusuli dengan 19.4 peratus undian diraih pemenang tempat ketiga, Bila, 19 tahun.  Shahrul, juga 19 tahun, yang menduduki tangga keempat pula menerima 18 peratus undian.


Walaupun wujud juri juara, Stacy dan Joe Flizzow yang memberikan markah serta juri tetap dan undangan yang tampil dengan ulasan dan kritikan, format pemarkahan program AF ini tetap bersandarkan 100 peratus undian penonton menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan talian Internet.


Butiran terperinci mengenai peratusan undian bagi mengisytiharkan kemenangan Sufie yang dikenali sebagai Sufi di pentas AF diumumkan Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad di sidang akhbar yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) lewat malam tadi.


Kata Encik Raqim:

"Kemenangan Sufi adalah petanda bahawa isu kerakyatan bukan ukuran utama dalam menentukan juara peraduan realiti seperti AF. Pihak kami telah menebarkan sayap bagi menarik bakat-bakat Singapura dan ternyata, hari ini Sufi mencipta sejarah dengan peratusan undi yang boleh dibanggakan."


Sufi yang tampak sebak dan terharu di atas kemenangannya memukau perhatian penonton menerusi lagu 'berhantu' kumpulan Mojo, Andaiku Bercinta Lagi dan 'single' terbaru ciptaannya, Kisah Dua Muka.


Juri jemputan, Fauziah Datuk Ahmad Daud mengulas penuh simbolik:

"Saya takkan komen tentang persembahan anda tetapi saya ingin lihat selepas AF ini, anda berusaha memperkukuh bakat anda dan biarkan ia berkembang. Sebabnya, saya lihat ada mutiara dalam diri anda yang harus dicanai dan digali. 


"Anda miliki mutiara ini tetapi anda masih takut-takut. Anda harus terajang pintu hambatan rasa takut itu untuk keluarkan mutiara itu."


Sufi yang membawa pulang trofi AF2015, wang tunai RM50,000 ( $16,875) dan meraih pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd, memberitahu Berita Harian:


"Saya bersyukur dengan kemenangan ini, apa lagi menjadi wakil Singapura yang dinobatkan sebagai juara. Sejujurnya, Akademi Fantasia adalah peraduan sukar yang menguji keupayaan pelajar. Di sini, saya bersama teman-teman yang juga memiliki suara yang cukup baik. Saingan sengit tapi kami anggap satu sama lain sebagai keluarga.


"Lantaran itu, saya harus singkir rasa takut dan tanam keyakinan diri agar dapat berikan yang terbaik. Faktor utama yang saya amat hargai dalam meniti tangga jaya ialah doa orang ramai khususnya ibu saya.


"Apabila saya dipilih sebagai juara AF, yang pertama saya lihat ialah wajah ibu saya dalam kalangan penonton. Beliau sering katakan 'Mama akan doakan Sufi'. Pengajaran yang paling berharga yang saya raih ialah jangan sekali-kali abaikan ibu atau perlekehkan doanya. Doa ibu paling berkat."


Konsert akhir AF berlangsung dengan gahnya dan disiarkan secara langsung buat penonton Singapura menerusi saluran Astro Ria (SingTel mio TV, saluran 608).


Selain persembahan menghiburkan daripada Bunkface, Caliph Buskers dan Datuk Sheila Majid, AF2015 turut menyumbang wang tunai RM150,000 kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan MERCY Malaysia di konsert gilang-gemilang itu.


Laporan lanjut di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >