MANTAN Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cathay Organisation Holding, Encik Suhaimi Rafdi, adalah antara tiga anggota lembaga pengarah baru yang dilantik badan bantuan kemanusiaan Mercy Relief bagi menyuntik dinamisme ke dalam badan bukan pemerintah (NGO) setempat itu.
Encik Suhaimi, yang juga Pengarah Hab Bandar Tampines di Persatuan Rakyat selain menjadi Bendahari Kehormat Persatuan Antinarkotik Singapura (Sana), dilantik seiring pengasas dan pengarah kumpulan hospitaliti Unlisted Collection, Encik Loh Lik Peng; dan editor penyelia berita di MediaCorp, Encik Nicholas Fang.