Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Sumbangan 50 tahun Pertapis diabadi dalam buku

Presiden Halimah: Penerbitannya testimoni dedikasi badan kepada kebajikan rakyat SG sejak ditubuh 1970
Mar 26, 2021 | 05:30 AM



PERJALANAN Pertapis selama 50 tahun sebagai sebuah badan kebajikan kini diabadikan dalam sebuah buku - Nurturing Aspirations in Volatile Times (Memupuk Aspirasi dalam Masa Bergejolak).



Buku itu dilancarkan bersama oleh Presiden Halimah Yacob dan presiden Pertapis, Encik Hussaini Abdullah, dalam satu majlis di The Istana Ballroom di Tanjong Katong Complex kelmarin.



Encik Hussaini berkata selain mengenang perjalanan Pertapis sejak ia ditubuhkan pada 1970 hingga sekarang, matlamat utama buku itu ialah memperingati usaha bantuan dan sumbangan badan itu kepada masyarakat.



"Dengan ini juga, kami mahu badan ini kekal relevan kepada masyarakat, dan pada masa yang sama, dapat mengekalkan nama Pertapis," ujar beliau ketika ditemui wartawan.



Dalam ucapan beliau, Presiden Halimah berkata buku itu merupakan sebuah testimoni mengenai dedikasi Pertapis kepada kebajikan rakyat Singapura sejak 50 tahun lalu.



"Tajuk buku Nurturing Aspirations in Volatile Times sangat sesuai bagi menggambarkan cabaran yang kita hadapi hari ini," ujar beliau.



"Kita harus mempercepat lengkung pembelajaran dan mendapatkan ilmu, kemahiran dan kecekapan untuk membina daya tahan dan kemampanan bagi memenuhi keperluan masa depan."



Bermula sebagai sebuah badan kecil dengan tujuan memberi sokongan masyarakat kepada keluarga memerlukan, Pertapis telah berkembang menjadi satu badan kebajikan yang menyediakan bantuan kepada lebih 8,000 individu dan keluarga kurang bernasib baik.



Antara pencapaian badan itu ialah menjalankan sebuah program yang dipanggil Drive For Change (Memandu Bagi Perubahan), di mana 30 penghuni Rumah Peralihan Pertapis dihantar belajar memandu bagi lesen Kelas 3 dan separuh daripada mereka telah lulus dan mendapat pekerjaan atau sedang mengambil lesen memandu Kelas 4.



Selain itu, Pertapis menubuhkan sebuah unit jagaan dan kaunseling pada 2016 bagi memberi bantuan klinikal, latihan dan perundingan, serta bantuan terapi dan mediasi keluarga.



Menerusi Tabung Amal Jariah pula, Pertapis memberi bantuan kepada keluarga memerlukan dalam bentuk pek makanan, khidmat tuisyan bagi anak mereka yang bersekolah dan beberapa program bagi memperkasa ibu bapa serta anak mereka.



Seribu naskhah buku tersebut telah dicetak, separuh dalam bahasa Melayu dan separuh lagi dalam bahasa Inggeris.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >