Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan AP PAP Melayu/Islam lebih menonjol daripada pembangkang

NUR ADILAH MAHBOB
Sep 05, 2015 | 05:01 PM



ANGGOTA Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) Melayu/Islam telah memainkan peranan lebih menonjol berbanding pembangkang dalam memperjuangkan bukan sahaja isu Melayu/Islam bahkah isu nasional.


Mempertahankan sumbangan AP Melayu/Islam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata mereka gigih mengemukakan isu di Parlimen dan di balik tabir, termasuk isu sensitif seperti isu tudung.


Malah, AP PAP Melayu mengemukakan lebih banyak soalan isu nasional dan isu Melayu/Islam, berbanding pembangkang, menurut Dr Yaacob yang melakukan tinjauan mengenai soalan yang dikemukakan di Parlimen.


"Kami mesti mengambil pandangan nasional, pandangan masyarakat dan mengimbangi keduanya. Inilah yang telah dilakukan AP PAP Melayu.


"Kami berusaha di balik tabir, dalam pelbagai isu sensitif, membincangkannya dengan pemerintah," ujar Dr Yaacob, yang ditemui media semasa mengadakan lawatan ke pasar di Bendemeer tadi.


Diminta mengulas mengenai isu tudung bagi jururawat, Dr Yaacob berkata ini juga satu isu yang sudah pun ditimbulkan AP PAP Melayu/Islam, dan mereka terus berusaha mencari huraiannya bersama pemerintah.


"Saya dan rakan kerja simpati terhadap pekerja menghadapi isu ini. Kami berharap fleksibiliti akan diberikan di tempat kerja pada masa akan datang," ujarnya.


Sedang huraian ini terus dicari, Singapura masih perlu berhati-hati untuk tidak mengurangkan ruang kebersamaan yang dikongsi pelbagai masyarakat, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >