MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, memberi penghormatan kepada asatizah perintis yang menyumbang kepada pendidikan Islam di Singapura.
Berucap di acara tahunan Seminar Pelan Kerja Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, Dr Yaacob berkata sektor pendidikan Islam - merangkumi masjid, badan Melayu/Islam dan sektor swasta - telah berkembang sejak bertahun-tahun lalu.