KAPTEN MUHAMMAD ISKANDAR DZULFADHLI: Juruterbang jet pejuang F5. Kapten Iskandar turut mengambil bahagian dalam Perbarisan Hari Kebangsaan. – Foto MINDEF
ENCIK ISKANDAR JALIL: Pakar tembikar tersohor yang disegani dunia. Pak Iskandar kini giat menurunkan kemahirannya kepada generasi seterusnya, tidak kira kaum atau agama. Tahun ini, Pak Iskandar menerima Pingat Jasa Gemilang, antara anugerah tertinggi Hari Kebangsaan. – Foto fail
KAPTEN MUHAMMAD AZLAN ABDUL LATIFF: Juruterbang helikopter Super Puma. Kapten Azlan pernah menerbangkan rombongan PM Lee semasa di Brunei. – Foto MINDEF
HAJI SIDEK SANIFF: Semasa upacara persemadian Encik Lee Kuan Yew, Haji Sidek Saniff telah menyampaikan ucapan yang begitu menyentuh hati dan menggambarkan betapa eratnya persahabatan antara Haji Sidek dengan Encik Lee Kuan Yew.
TERUS MENYOKONG PROGRAM PENINGKATAN MASJID: PM Lee telah berkunjung ke beberapa masjid, termasuk Al-Muttaqin di Ang Mo Kio, Mujahidin di Queenstown, An-Nur di Woodlands dan Al-Ansar di Bedok (gambar). Semuanya memang cantik dengan ciri istimewa dan keindahan yang tersendiri. - Foto MCI
TERIMA KASIH KEPADA RRG: Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) khususnya memainkan peranan utama dalam menyangkal tafsiran salah mengenai Islam dan membimbing mereka yang terpesong. PM Lee ucapkan terima kasih kepada RRG atas usaha baik mereka.