Sumbangan masyarakat Melayu dalam sambutan SG50

ERVINA MOHD JAMIL

DARIPADA mengeratkan muhibah dengan warga Singapura yang lain kepada usaha memperingati sumbangan besar Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak, hingga menggalak keharmonian negara.

Demikian antara sumbangan masyarakat Melayu/Islam kepada sambutan jubli emas Singapura tahun ini.

Dengan pimpinan jawatankuasa yang bertanggungjawab menyelaras sumbangan masyarakat Melayu/Islam kepada perayaan ulang tahun ke-50 Singapura (SG50), SG50Kita, program itu bertujuan membolehkan warga menghargai masa silam, merai masa kini dan ambil berat tentang masa depan negara.

Jawatankuasa itu mendedahkan butiran program yang bakal dianjurkan dalam satu taklimat di Yayasan Mendaki di Kee Sun Avenue petang tadi, Jumaat.

Antaranya termasuk SG50Kita X, sebuah program yang mengundang belia Singapura memikirkan masa depan Singapura dalam 50 tahun mendatang.

Mereka akan dibimbing dan digalak membangunkan daya usaha sejajar dengan visi ini.

Hampir 100 belia dijangka terlibat.

SG50Kita juga akan bekerjasama dengan pelbagai badan Melayu/Islam menganjurkan acara Minggu Khidmat Kepada Negara yang akan bermula Ramadan ini.

Antara kegiatan yang boleh dijangkakan sepanjang minggu itu termasuk majlis iftar dan pembahagian bubur masjid kepada semua warga Singapura tak kira bangsa atau agama.

SG50Kita juga akan menganjurkan pelbagai usaha bagi memperingati sumbangan besar Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak, termasuk menerajui program mengumpul dana bagi Kerusi Profesor Yusof Ishak sebagai hadiah masyarakat kepada negara.

Sejauh ini, jawatankuasa itu telah berjaya mengumpulkan hampir $549,000.

SG50Kita menyasarkan untuk mengumpul $6 juta menjelang hujung tahun ini, termasuk tokokan pemerintah $1.50 bagi setiap $1 yang terkumpul.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.