BELIAU berpegang kepada pendirian bahawa pendidikan penting dalam membina masa depan yang cerah.
Oleh itu, Encik Nasri Najib tidak teragak-agak mengimbangi masa antara tugas sepenuh masa sebagai konsultan teknikal di sebuah syarikat teknologi kewangan swasta, Murex, dengan tugas sebagai seorang tutor bagi Program Tuisyen Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC).