Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan untuk sekolah yang tinggalkan kenangan dan legasi

Oct 19, 2017 | 05:30 AM



SETIAP daripada mereka menyimpan tekad mahu menyalur bakti kepada perpustakaan Sekolah Menengah Yusof Ishak (YISS) di Bukit Batok yang terpahat di hati.



Jika isteri mantan Presiden pertama Singapura, Puan Noor Aishah, menyifatkan sekolah itu sebagai antara legasi peninggalan suaminya, Allahyarham Encik Yusof Ishak, alumni YISS pula tidak dapat melupakan kenangan meniti usia remaja di sekolah tersebut.



Kakitangan Sekolah Masyarakat Antarabangsa (ICS) di Singapura yang kini mengisi ruang di bangunan asal YISS di Jubilee Road itu pula enggan melupakan sejarah silam yang dianggap berharga.



Baru-baru ini, tiga pihak itu berkumpul di rumah Puan Noor Aishah di Jalan Buloh Perindu bagi niat murni membalut dan menyumbangkan 25 buku daripada perpustakaan ICS kepada perpustakaan YISS.



Ia adalah sebahagian daripada kegiatan berbudi, 25 Acts of Kindness (25 Perbuatan Baik) sempena ulang tahun ke-25 ICS tahun ini.



Pada masa yang sama, Puan Noor Aishah, yang menjamu makan alumni YISS dan kakitangan ICS yang sudah akrab dengannya, turut menandatangani kad ucap tahniah buat Presiden Halimah Yacob.



Laporan lanjut: Tiga pihak usahakan projek '25 Perbuatan Baik'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >