Suntikan bagi perang kencing manis

GRC East Coast lancar program, fokus utama bantu penduduk Melayu cegah gejala

USAHA memerangi penyakit kencing manis mendapat satu lagi suntikan menerusi projek pendekatan penduduk yang dirintis Dr Mohamad Maliki Osman dengan kerjasama pelbagai badan, termasuk agensi pemerintah, penduduk dan individu.

Menyedari hakikat bahawa orang Melayu membentuk sebilangan besar yang menghadapi gejala itu, Menteri Negara Kanan itu berkata usaha peningkatan kesedaran perlu diluaskan.

Beliau mengambil inisitiaf dengan meletakkan misi meningkatkan pendidikan dan kesedaran serta pengurusan penyakit itu sebagai satu keutamaan beliau bagi seluruh penduduk Melayu/Islam di GRC-nya.

Hasil perbincangan dan perancangan selama beberapa minggu, satu program akan dilancarkan esok di GRC beliau iaitu East Coast, dedah Dr Maliki yang merupakan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar dan Pertahanan) merangkap Mayor bagi Daerah Tenggara.

Program memerangi penyakit kencing manis itu dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Persatuan Rakyat (PA), kumpulan akar umbi termasuk Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Siglap.

Lebih memberangsangkan, kerjasama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur telah diperolehi bagi menugaskan sebilangan pelajar jururawat menyertai usaha tersebut.

Dr Maliki memberitahu Berita Harian bahawa sekumpulan doktor, jururawat serta pakar pemakanan dari kawasan undi itu sendiri akan tampil dalam program itu esok di Kelab Masyarakat Siglap.

Beliau berkata usaha pendekatan itu berjalan secara intensif dengan anggota akar umbi dan MAEC mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah menyebarkan maklumat dan mengajak penduduk memberi sokongan.

Namun, program itu tidak ditujukan khas penduduk Melayu/Islam saja malah kepada semua penduduk.

Acara iftar untuk keluarga berpendapatan rendah turut diadakan sempena program tersebut dan mesej tentang bahaya kencing manis itu turut disebarkan kepada golongan ini.

Selain mendapat nasihat dan mendengar taklimat, pengunjung juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan. Satu sesi mengenai pemakanan sihat turut diadakan.

Program pendekatan tersebut disokong Berita Harian dan syarikat pengusaha sekitaran dan pelaburan sosial, Green Enable Technologies.

Laporan lanjut: 

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.